Frequently Asked Questions (FAQ)
1. Betul ke ni Harumanis original dari Perlis ?
✔️ Ya, betul. Kami dari Pusat Jualan Harumanis Y.A, ladang sendiri di Perlis. Bukan “harumanis Siam”, bukan tipu brand. Kalau tak ori, kami refund.
2. Macam mana nak tahu Harumanis tu betul-betul manis ?
✔️ Biasanya, kalau kulit dah kuning sikit & wangi kuat, insyaAllah padu. Tapi jangan risau, kami dah siap pilih & tapau yang elok je. Kami pun makan benda yang sama.
3. Buah ni tahan berapa lama lepas sampai ?
✔️ Biasanya 3–5 hari kalau simpan luar peti, 6–8 hari kalau simpan dalam peti (bahagian bawah, bukan sejuk beku). Tapi kalau rasa nak simpan lama… baik makan je terus 😄.
4. Kalau saya duduk jauh KL, Johor atau Sabah boleh order tak ?
✔️ Boleh je. Kami hantar ke seluruh Semenanjung (guna courier khas untuk buah). Sabah dan Sarawak kena tanya dulu, sebab kadang kena tahan kastam. Kami terus terang je.
5. Musim Harumanis ni bulan berapa je ?
✔️ Biasanya Mac sampai Jun, tapi bergantung juga pada cuaca. Nak selamat, mula intai order awal bulan April. Hujung Mei biasanya dah habis licin.
